05 September, 2015

Tips Meninggalkan Kucing di Rumah

  1. Pastikan stok makanan mencukupi sesuai dengan tempoh mereka ditinggalkan. Letakkan di dalam bekas makanan yang telah dibersihkan. Terdapat sesetengah pet shop yang menjual sejenis alat yang dapat membantu penyaluran sejumlah makanan automatik setiap hari tanpa risiko menyepahkannya. Saya tak pasti apa nama alat ini, so langkah paling bijak boleh dilakukan adalah buatlah survey di kedai haiwan hihi … (p/s : namun mengikut pendapat sesetengah pakar kucing, alat ini kurang digalakkan penggunaannya kerana ia cenderung meningkatkan kegemukan pada kucing )
  2. Pastikan stok air minuman juga disediakan dalam bekas yang sudah dibersihkan.
  3. Pastikan pasir dalam bekas najis digantikan dengan pasir baharu dalam kuantiti sesuai kerana kucing adalah haiwan yang sangat pembersih. Ada kemungkinan ia akan berak atau kencing merata jika ‘tandasnya’ penuh dan tidak dibersihkan. Kucing pun sama seperti manusia, perlu kepada suasana yang selesa. Untuk bahagian ini, anda mungkin boleh dapatkan bantuan jiran atau kaum keluarga lain untuk membantu menukarkannya sehari atau 2 hari sekali.
  4. Pastikan kucing anda ada temannya untuk mengelakkannya berasa bosan dan melakukan perkara tidak dijangka seperti mengoyak kertas, mencakar sofa, menyepahkan barang-barang di dalam rumah dan sebagainya. Jika memang ia bersendirian, pastikan ada jiran atau rakan yang boleh diharap untuk menjenguknya di rumah.
  5. Sediakan alat atau permainan sesuai untuk kucing anda untuk membantu mengelakkannya dari diserang rasa bosan seperti bola getah. Rasionalnya juga sama seperti tips ke-4 seperti di atas.
  6. Pastikan juga tiada benda-benda atau objek kecil yang tajam dan berbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan kepada kucing kesayangan. Ini kerana kucing suka bermain dengan apa sahaja objek yang berjaya ditemuinya.
  7. Pastikan tiada bahan beracun yang dengan mudah boleh dicapai @ dimakan  oleh kucing anda serta mendedahkannya kepada bahaya   sepanjang ketiadaan anda di rumah.
  8. Bagi yang berkemampuan anda bolehlah menghantar kucing anda ke pusat jagaan haiwan sementara anda pergi bercuti. Sekarang sudah ada banyak pusat jagaan haiwan yang diwujudkan. :)
    THANK YOU ^^

Tidak ada komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...